Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KONFRENS RAKAN SEBAYA

Subjek : Kesusasteraan Melayu
Tajuk : Sajak Narator dari Desir Angin

Langkah-langkah pengajaran melalui teknik Konfrens Rakan Sebaya:


  1. Guru meminta pelajar membaca terlebih dahulu sajak yang diberikan.
  2. Guru bertanya apa yang pelajar faham dengan sajak tersebut.
  3. Guru mengarahkan pelajar membentuk sebanyak 4 kumpulan dan setiap kumpulan diwakili oleh 6 orang ahli.
  4. Seorang akan dilantik sebagai ketua.
  5. Ketua akan dipilih oleh guru berdasarkan kemampuan kefahaman yang lebih baik berbanding rakan-rakan yang lain.
  6. Guru mengarahkan setiap kumpulan mengambil satu rangkap sajak daripada sajak Narator dari Desir Angin yang diberikan oleh guru.
  7. Pelajar akan menganalisis sajak tersebut secara berkumpulan. Ketua dari setiap kumpulan tadi akan membantu ahli-ahlinya untuk memahami maksud dari pantun tersebut.
  8. Pelajar akan berkongsi idea bersama dengan rakan kumpulan yang lain.
  9. Kemudiannya, setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil analisis mereka di hadapan rakan-rakan yang lain.
  10. Rakan-rakan dari kumpulan lain boleh memberikan pendapat, bertanyakan soalan dan menambah idea-idea yang mungkin dirasakan sesuai.
  11. Perkongsian ilmu sesama rakan akan lebih memudahkan pemahaman dan pelajar senang untuk berkomunikasi.
  12. Akhirnya, untuk menguji sejauh mana pemahaman pelajar, guru akan mengedarkan lembaran soalan yang berkaitan dan pelajar hendaklah menjawab secara individu.
  13. Guru akan dapat melihat sejauhmana tahap pemahaman pelajar dengan melihat jawapan pelajar terhadap lembaran soalan yang diberikan.
  14. Kemudian, guru akan membuat kesimpulan secara menyeluruh dan bertanya soalan kepada pelajar secara rawak.