Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
RUMUSAN

Setiap individu mampu untuk membaca apa jua bahan bacaan sebenarnya. Apa yang membezakannya ialah bagaimana individu tersebut mengolah apa yang dibacanya. Melalui kedua-dua teknik ini iaiti Teknik Prosedur Re-Quest  dan Teknik Konfrens Rakan Sebaya secara tidak langsung membantu individu melalui proses pembacaan dengan cepat dan mudah.

            Prosedur Re-Quest antara teknik yang sesuai diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini kerana teknik ini menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis tentang sesuatu dan berusaha untuk mendapatkan jawapannya. Potensi pelajar akan dapat dikenalpasti melalui persoalan yang dilontarkan oleh pelajar kepada guru. Pelbagai idea akan wujud dan mungkin menimbulkan persoalan secara berkait. Teknik ini mengutamakan pembelajaran secara dua hala iaitu antara guru dan pelajar. Ilmu akan dikongsi bersama mengikut tahap pengetahuan masing-masing. Pelajar berkemungkinan akan menyoal sesuatu yang tidak difikirkan oleh guru. Oleh itu, guru sendiri akan dapat memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

            Selain itu, bagi Teknik Konfrens Rakan Sebaya pula, ia adalah salah satu teknik yang dapat membantu pelajar terutamanya dalam menimba ilmu. Terdapat juga kes di mana pelajar sukar memahami apa yang diajarkan oleh guru tetapi mereka mudah faham apabila belajar menerusi rakan-rakan. Tidak dapat dinafikan perkara sebegini sememangnya berlaku. Pelajar akan boleh berkongsi idea dengan rakan yang lain dan mempercepatkan proses pembacaan dan pemahaman mereka.


            Namun, kedua-dua teknik ini masih mempunyai kelemahannya. Sebagai contoh jika pelajar yang aktif tidak akan menghadapi sebarang masalah, tetapi buat pelajar yang pasif proses pembacaan dan pembelajaran mereka akan menjadi sukar. Oleh itu, guru harus memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini.