Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PROSEDUR REQUEST

Subjek : Kesusasteraan Melayu
Tajuk : Sajak Narator dari Desir Angin

Langkah-langkah pengajaran melalui teknik Prosedur Re-Quest:


  1. Guru memberi penerangan terhadap pelajar dan mengarahkan pelajar memberi respon apa yang mereka tahu tentang tajuk yang akan diajar pada hari itu.
  2. Guru kemudiannya meminta pelajar membaca sajak tersebut.
  3. Pelajar diminta membaca dan menjelaskan maksud sajak tersebut secara ringkas.
  4. Rakan-rakan yang lain diminta untuk menanyakan soalan kepada guru berdasarkan kepada apa yang dijelaskan oleh rakannya tadi.
  5. Guru akan menjawab persoalan yang dikemukakan oleh pelajar tersebut sebaik mungkin dan menjelaskan secara terperinci.
  6. Sekiranya pelajar masih kabur dengan penjelasan guru, pelajar dibenarkan terus bertanya sehingga faham.
  7. Setelah pelajar mula faham, guru pula akan mengemukakan soalan kepada pelajar. Contohnya apakah maksud perlambangan yang terdapat di dalam sajak Narator dari Desir Angin.
  8. Pelajar akan menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh guru mereka.
  9. Guru akan memastikan pelajarnya faham berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pelajar.
  10. Setelah semua persoalan selesai dijawab, guru akan membuat rumusan tentang apa yang dipelajari pada hari itu.
  11. Bagi menguji sekali lagi ingatan dan kefahaman pelajar guru boleh memilih pelajar secara rawak dan menyoal atau memberikan latih tubi untuk dibuat.