Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
DEFINISI KONFERENS RAKAN SEBAYA

Perkataan konferensi bermaksud pertemuan formal untuk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat tentang sesuatu perkara terutamanya dalam kalangan pihak-pihak yang mempunyai minat dan kepentingan bersama. Hal ini bermakna konfrens rakan sebaya ialah perbincangan mahupun kerjasama yang melibatkan pelajar-pelajar dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Konfrens rakan sebaya ini berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru. Guru hanya perlu menguji dan memberi gred berdasarkan pretasi kumpulan serta  gred individu. Kepentingan konfrens rakan sebaya ini bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Selain itu, teknik ini akan menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan iaitu dengan perkongsian idea sesama pelajar. 


MENGAPA PERLU DITERAPKAN DALAM KELAS?

Konfrens rakan sebaya juga merupakan satu teknik yang perlu diaplikasi untuk menghidupkan suasana P&P yang berkesan dalam bilik darjah. Hal ini kerana pelajar akan diberi peluang untuk berinteraksi, berkomunikasi, mengalami dan menghayati proses pembelajaran yang lebih berkesan semasa proses P&P. Teknik konfrens rakan sebaya ini memerlukan pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan sepasukan mereka selain daripada pembelajaran mereka sendiri. Selain daripada idea berkerjasama, kaedah pembelajaran pasukan pelajar memberi penekanan kepada penggunaan matlamat pasukan dan kejayaan pasukan, ianya boleh dicapai apabila semua ahli dalam pasukan memberi komitmen yang diperlukan.

            Selain itu, teknik ini juga akan menyebabkan pelajar berubah dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling pergantungan antara seorang individu kepada seorang individu yang lain. Saling pergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun setiap individu dikehendaki berkerjasama dalam sesuatu tugasan, ia masih bertanggungjawab ke atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu dengan melihat tahap kerjasama dan tanggungjawab yang diberikan. Di samping itu, pelajar akan dapat membantu proses pembelajaran pelajar lain dengan berkongsi maklumat dan menggalakkan mereka untuk pencapaian yang lebih baik. Interaksi kumpulan termasuklah tindakan pelajar untuk menerang, berbincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain. Konfrens rakan sebaya juga merangkumi dari aspek kepimpinan, membuat keputusan, membina kemahiran, berkomunikasi dan pengurusan konflik.